SEJARAH PANTUN
Pantun adalah genre kesusasteraan
tradisional Melayu yangberkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak
ratusan tahun lampau.Pantun adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan ia
adalah lambing kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagai alat
komunikasi. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi
masyarakat dengan lebih jelas.Ia begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan
masyarakat nusantara danMalaysia.Di
Nusantara, pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan 25 bukan dialek.Pantun juga
didapati turut berkembang di selatan Burma,Kepulauan Cocos, Sri Lanka,Kemboja,
Vietnam serta Afrika Selatan(kerana pengaruh imigran dari Indonesia
danMalaysia).Pantun di Malaysia dan Indonesia telah ditulis sekitar empat abad
lalu.Malah, ia mungkin berusia lebih tua daripada itu seperti tertulis dalam
Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Menyedari kepentingan pantun dalam
memartabatkanbudaya Melayu, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara di
Kementerian.Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan,
"Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna ‘seperti
atau umpama’.